PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

Assalamualaikum..

Setelah lebih dari setahun saya dalam industry financial ini..saya telah banyak menimba ilmu dan pengetahuan di dalam bidang kewangan. Bermacam jenis orang telah saya temui dan mereka ternyata mempunyai banyak pengalaman berbeza.

Setelah membuat penelitian secara teliti serta pandangan dari “otai-otai” financial planner, saya mendapati plan komprehensif yang ditawarkan oleh Prudential BSN Takaful merupakan satu plan yang wajib dimiliki oleh setiap orang. KENAPA BEGITU!!!!
 photo plankomprehensifprudentiabsntakaful_zps5e5e3eea.jpg

Yang pertama ialah PAMPASAN. Plan ini menawarkan pampasan kematian,cacat kekal,kematian serta cacat kekal disebabkan kemalangan, dan juga pampasan sakit kritikal. Ramai orang kita hebat merancang kewangan sewaktu sihat saja, tetapi lupa merancang untuk masa kita sakit atau kita sudah tiada. Bagaimana nasib anak isteri kita? Adakah nasib mereka terbela dengan ketiadaan kita? Apa yang kita tinggalkan untuk mereka? Adakah wang yang banyak atau bebanan hutang? Hutang kereta, rumah, kredit kad dan lain-lain.

Yang kedua adalah MEDICAL CARD. Buat masa sekarang medical card sangat penting. Ya ia tidak diperlukan jika anda nak masuk hospital kerajaan, sebab hospital kerajaan jauh lebih murah dari specialist. Itu jawapan anda ketika sihat. Jika sakit, saya gerenti anda perlukan layanan yang bagus dan selesa dan keadaan ini sukar diperolehi di hospital kerajaan yang penuh sesak. Tambah-tambah lagi untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan memang makan masa lama. Untuk dapat appointment sahaja 2 minggu. Selepas itu akan jumpa doktor berpering-peringkat mengikut keseriusan penyakit. Sebagai contoh saya ambil jika kanser, kalau hospital kerajaan tak lari makan masa 3 bulan untuk jumpa pakar. Adakah anda sanggup tunggu selama itu dalam keadaan sakit? SAKIT PERUT SIKIT PUN TAK BOLEH TAHAN!!  Betul tak? Dengan adanya medical card Prudential BSN Takaful anda terus boleh jumpa pakar-pakar di mana-mana hospital panel kami. Serta untuk pengetahun, inflasi perubatan adalah 13-20 % setahun.

Yang ketiga ialah SIMPANAN. Tiada mana-mana institusi bank yang boleh lawan simpanan di Prudential BSN Takaful dari segi return (dividen). Jika dalam dana ekuiti, kadar dividen purata ialah 9% . Jika market share ia boleh mencecah 20++ %. Namun dividen tersebut adalah non-guarantee. Saya telah berjumpa dengan ramai pemegang lesen ejen insurans, unit trust dan pelbagai institusi pelaburan, mereka mencadangkan simpanan di Prudential BSN Takaful adalah terbaik dan plan ini mereka syorkan pada prospek yang mereka jumpa. Kenapa?? Di dalam plan ini ditawarkan satu benefit “contributor” dimana fungsinya ialah untuk meneruskan pelaburan anda seperti biasa walaupun anda sudah ditimpa sakit kritikal atau cacat kekal. Sebagai contoh Abu menabung sebanyak RM200 sebulan di Prudential BSN Takaful, tiba-tiba Abu cacat keseluruhan kekal akibat satu kemalangan. Jadi Prudential BSN Takaful akan menyambung simpanan Abu sebanyak RM200 sebulan itu tadi sehingga Abu meninggal atau umurnya 100 tahun. Dan benefit ini tiada ditawarkan di tempat lain seperti ASB, UNIT TRUST, SAHAM dan sebagainya.

Oleh itu saya simpulkan, plan ini adalah plan terbaik dan ia melengkapi hidup kita. TERIMA KASIH.

 

QUOTATION

Share

Leave a Reply

error: Content is protected !!