»

Jun 25 2013

Adakah Takaful PruBSN halal atau haram??

Adakah Takaful PruBSN itu halal atau haram? Ini adalah persoalan yang sering bermain di minda antara kita di luar sana.

Tidak mustahil ini menjadi soalan pokok yang sering timbul kerana kita sebagai umat Islam, perkara ini adalah paling mustahak kerana ia amat mempengaruhi kehidupan kita serta keberkatan rezeki. Bagi saya, jika soalan mengenai takaful, anda boleh rujuk saya, jika soalan agama, lebih baik kita rujuk alim ulama’ yang lebih arif dalam bidang ini. Senang cerita ” Serahkan Pada Yang Pakar”. Hehe betul tak?

Jadi di sini saya kepilkan soalan pengguna dan jawapan dari alim ulama’ yang tidak asing lagi dalam dunia dakwah Malaysia iaitu Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (Pendakwah Bebas/ Pensyarah UIA).

SOALAN:

salam…
adakah produk prudential takaful medical card juga dikategorikan sebagai HALAL berikutan konsep medical card yang di persoalkan mempunyai ciri-ciri ‘perjudian’ iaitu mencarum sejumlah wang dan mengharapkan prudential menyelesaikan kos perubatan yang mungkin berpuluh kali ganda dari jumlah caruman.

caj hospital juga mungkin lebih tinggi daripada sepatutnya apabila dicaj kepada prudential.

peserta produk ‘medical card’¬† perlu membuat bayaran ‘co-insurance’ sebanyak ‘RM300 when admitted process’. ‘co-insurance’ ini tidak akan dikembalikan kepada peserta. jika caj hospital hanya RM200, bermaksud peserta telah mengalami kerugian. jika caj hospital melebihi RM300, semuanya akan ditanggung oleh prudential.

adakah terdapat ciri-ciri penindasan jika merujuk kepada senario diatas.

mohon pandangan ustaz dan rakan-rakan groups.

JAWAPAN:

zaharuddin arahman <zaharuddin@…>¬†wrote:

Salam, BSN Prudential Takaful sudah ada Majlis Penasihat Shariah, so jika mrk kata halal..maknanya mrk dah semak, dan bolehlah guna cop mereka tu,

sekian.

 

DI SINI DISERTAKAN HIERARKI JAWATANKUASA SYARIAH PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

hierarki badan syariah prudential

Berdasarkan jawapan tersebut, ia sama apabila kita makan ayam KFC atau makanan lain yang dipacking. Kita yakin makanan itu halal kerana adanya logo HALAL dari pihak JAKIM dan kita tak perlu nak “check” ayam tu disembelih dengan betul atau tidak kerana ia menjadi tanggungjawab pihak berkuasa JAKIM.

Jadi, soalan pun sudah terjawab, saya harap para pengguna jelas dan tidak lagi ragu-ragu untuk memilih Takaful PruBSN. Terima Kasih.

HHH

: 013-3210955

Share

Leave a Reply

error: Content is protected !!