«

»

Sep 09 2013

MLTA vs MRTA

Home sweet home.. setiap orang mengidamkan sebuah rumah idaman masing-masing..tinggal bersama keluarga tersayang..jadi di sini saya nak berkongsi tips untuk mereka yang baru nak beli rumah dan nak dapatkan insurans untuk rumah…

lathousev

Okay..tujuan MLTA dan MRTA adalah sama iaitu memastikan loan rumah anda habis dibayar walaupun anda meninggal dunia ataupun cacat kekal keseluruhan (TPD)..cuma terdapat sedikit perbezaan…

MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) or MDTA (Mortgage Decreasing Term Assurance)

Bagi memudahkan anda faham..saya bagi satu situasi..contohnya anda membuat loan rumah sebanyak RM500k..dan anda membuat MRTA sebanyak Rm500k juga..andai kata selepas 20 tahun anda bayar loan bank tersebut..anda meninggal dunia..baki loan anda dengan bank ialah RM200k…maka anda(keluarga) akan mendapat wang lump sum dari sebanyak RM200k dari MRTA yang anda buat untuk melangsaikan baki loan tersebut…

Selain itu..MRTA hanya boleh dibuat untuk satu rumah sahaja (non-transferable)…bermakna..jika anda menjual rumah asal anda dan membeli rumah baru..anda perlu beli MRTA baru untuk rumah baru anda tersebut…

Prudential MLTA (Mortgage Level Term Assurance)

Menggunakan situasi sama…anda buat loan rumah sebanyak RM500k dan membeli MLTA juga sebanyak RM500k..Selepas 20 tahun baki loan adalah RM200k..jika anda meninggal dunia..anda (keluarga) akan mendapat wang lump sum sebanyak RM500k (jumlah asal) + saving…jadi total anda akan mendapat lebih dari RM500k…disini anda atau keluarga mempunyai duit extra selepas melangsaikan loan rumah…

Selain itu MLTA prudential mempunyai benefit sakit kritikal di mana anda akan mendapat pampasan jika anda menghidapi mana-mana 36 sakit kritikal…jumlah pampasan bergantung pada pilihan anda..anda juga tidak perlu lagi membuat bayaran setiap bulan lagi selepas menghidapi sakit kritikal kerana Prudential akan tolong bayar untuk anda dengan pilihan rider CONTRIBUTOR…

MLTA adalah transferable term..di mana jika anda membeli rumah baru..anda boleh guna MLTA yang sedia ada pada rumah baru anda tersebut..

Jadi disini anda boleh bandingkan sendiri yang mana lebih baik dan menguntungkan anda…selamat memilih terutama pada mereka yang kali pertama membeli rumah…TQ

choice-a-or-b2

 

 

Selamat memilih 🙂

: 013-3210955

 

QUOTATION

Share

5 comments

Skip to comment form

  1. Wan Muhammad Nurhakimi Mat Daud

    Ok tq Encik Muhd..saya dah pun emelkan quotation unutk encik..thanks again 🙂

  2. Muhd

    Salam…
    boleh encik detailkan jumlah simpanan yang bakal diperolehi..
    tq.

    1. Wan Muhammad Nurhakimi Mat Daud

      Wasalam..

      Sila nyatakan jumlah coverage encik Muhd prefer bersama butir peribadi seperti pekerjaan dan tarikh lahir. Nanti saya emailkan detail pada encik Muhd. TQ

      1. Muhd

        Ok..sy dah emailkan detail sy melalui ruangan quotation..tq

        1. Wan Muhammad Nurhakimi Mat Daud

          Ok Encik Muhd..saya dah pun emelkan quotation untuk encik..TQ

Leave a Reply

error: Content is protected !!