«

»

Jul 28 2013

Mengapa Anda Perlukan pelan PruBSN Takaful???

Apakah yang menyebabkan kite semua perlu akan takaful atau insurans?

1. Sebagai langkah berjaga-jaga.

Bak kata pepatah melayu, beringat sebelum kena. Kita sebagai manusia tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Hanya Allah yang tahu perancangan-Nya untuk kita. Hari ini mungkin kita sihat dan tidak pernah terfikir kita akan sakit. Tapi bagaimana pula hari esok? Jadi untuk menghadapi kemungkinan itu takaful amatlah penting.

2. Menunjukkan kasih sayang serta tanggungjawab terhadap keluarga.

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, adakah kita yakin yang kita mampu untuk menjaga keluarga untuk selamanya.?? Bagaimana jika kita sakit suatu hari nanti atau kita pergi untuk selamanya? Adakah mereka bersedia untuk berdikari tanpa memerlukan pertolongan orang lain? Pernahkah anda melihat di dalam akhbar atau kaca televisyen ramai yang memerlukan bantuan kewangan setelah ahli keluarga ditimpa musibah? Sanggupkah anda lihat mereka yang di akhbar tersebut adalah keluarga anda disebabkan anda gagal merancang untuk mereka? Fikir-fikirkanlah.

QUOTATION

3. Tanggungjawab terhadap anak.

Apakah keperluan yang diperlukan anak-anak kita pada masa kini? Pakaian, tempat tinggal, kasih sayang dan makanan. Opss…adakah itu sudah memadai tuan-tuan?? Bagaimana dengan perubatan dan pendidikan? Ya…sudah tentu itu juga keperluan bagi anak-anak pada masa sekarang. Jadi, tanggungjawab sebagai ibu bapa, anda mestilah membuat persediaan ke arah itu untuk mereka. Justeru pilihlah untuk menabung bersama Prudential Bsn Takaful Berhad untuk pendidikan dan secara tidak langsung perubatan di dalam pelan SmartLINK.

bapa risaukan anak

4. Persediaan di hari tua.

Sampai bila kita nak mengerah keringat untuk menyara keluarga? Usia semakin meningkat, tenaga semakin kurang dan kesihatan semakin merosot. Jadi tiba masa kita perlu rehat dan berhenti dari membuat kerja2 tersebut. Jadi, dengan menabung bersama PruBsn Takaful Berhad, ia akan membantu anda untuk bersara dengan selesa kerana menurut kiraan pakar perancang kewangan, seseorang memerlukan antara RM1.4 juta – RM 2.8 juta di dalam simpanan untuk bersara dengan selesa. Adakah anda pernah membuat perkiraan tersebut?

jatuh miskin selepas bersara

retirement plan

5. Kesihatan semakin merosot

Tanpa kita sedar kesihatan kita semakin merosot dari hari ke hari. Cuba bandingkan kesihatan anda pada hari ini dengan 10 tahun yang lepas. Anda sendiri buat penilaiannya. Jadi bersedialah sebelum perkara tidak diingini berlaku.

6. Risiko terhadap penyakit kritikal

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan menu2 masakan yang unik dan enak. Tapi adakah apa yang kita makan setiap hari itu sihat? Bagaimana dengan gaya hidup kita? Menurut pakar perubatan, 1 daripada 4 orang rakyat Malaysia berisiko menghidapi kanser. Ini adalah fakta dan bukannya AUTA.

7. Saham akhirat.

Apabila anda memilih takaful, ia secara automatik menjadikan anda sebagai seorang dermawan. Ini kerana konsep takaful menggunakan konsep ta’awun iaitu kosep bantu membantu, satu konsep yang diadaptasi dari Firman Allah di dalam surah al-Maidah, ayat 2, yang bermaksud   “Dan tolong menolonglah kamu pada perkara kebaikan dan janganlah bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan yang menimbulkan permusuhan”. Wang bulanan yang dibayar oleh peserta takaful akan dimasukkan ke dalam satu tabung derma dan akan digunakan kepada peserta takaful yang lain yang memerlukan. Apabila tiba giliran kita memerlukan, wang tersebut akan digunakan untuk kita. Begitulah sebaliknya. Jadi, jika kita sihat dan tiada apa2 tuntutan, maka secara automatik kita sedang menderma kepada mereka yang sakit.

8. Bil perubatan yang semakin menigkat

Dua kawan sekolah saya membuat pembedahan ACL di lutut kerana cedera semasa bermain bola. Kos pembedahan sahaja RM 30,000. Bagaiman pula kalau pembedahan itu adalah pembedahan pemindahan organ atau pembedahan jantung? Pembedahan jantung yang paling ringkas pun sudah mencecah RM50,000. Tanya diri anda adakah anda mampu mengeluarkan wang tunai sebanyak RM50,000 segera dan tidak mengalami masalah kewangan selepas itu? Jika menabung bersama kami, semua kos tersebut dibiayai kami dan anda tidak perlu mengeluarkan satu sen pun.

kos rawatan mahal

9. Penat beratur (Kalau sakit boleh tunggu ke?)

Pernah anda ke hospital kerajaan? Penat beratur bukan? Dah la sesak, tunggu lama kita dah sakit mana boleh nak tahan bang!! Mula la kita mencarut bukan-bukan bila menghadapi situasi ni. So, buat apa pening-pening, ambil pelan takaful, bila sakit pergi j specialist. Tak payah nak beratur dan tunggu lama-lama. Tak sakit hati, jiwa tak kacau.

beza hospital swasta dan kerajaan

QUOTATION

: 013-3210955

Share

1 ping

  1. Takaful prudential Insurans Insurance Medical card | Ejen Prudential BSN Takaful

    […] tabung. Wang terkumpul akan digunakan untuk membantu peserta lain yang menghadapi musibah. Syarikat takaful hanya berperanan sebagai pengurus tabung tersebut. Oleh itu, secara automatik, peserta takaful […]

Leave a Reply

error: Content is protected !!