Medical Card Prudential BSN Takaful – Edu Plan

Assalamualaikum w.b.t

Pernahkah kita merancang untuk masa depan anak-anak kita?? Seseorang ibu bapa yang bertanggungjawab dan sayang akan anak-anak mereka sudah tentu menitikberatkan soal perancangan untuk anak-anak mereka. Terutama pendidikan.

Akan tetapi. ramai yang keliru apakah itu perancangan pendidikan untuk anak-anak? Adakah ia sekadar menghantar anak-anak ke sekolah? Sebenarnya, tabungan yang dibuat setiap bulan itu merupakan perancangan pendidikan anak-anak kita jika tabungan itu dikhaskan untuk pendidikan mereka sahaja dan tidak diusik. Sebagai contoh, Azman, seorang jurutera mempunyai seorang anak bernama Ismail yang berusia setahun. Azman menabung setiap bulan sebanyak RM200 sebulan dengan matlamat duit itu akan dikeluarkan ketika anaknya akan masuk universiti, iaitu ketika usia Ismail 20 tahun. Pada masa itu jumlah pokok tabungannya ialah RM48,000. Nilai ini akan terhasil jika Azman konsisten membuat tabunga dan tidak mengalami apa-apa masalah.

TETAPI!! Apa akan terjadi jika antara tempoh 20 tahun tersebut Azman mengalami penyakit kritikal yang mungkin menelan belanja yang besar untuk merawatnya atau mungkin Azman hilang upaya untuk bekerja seperti biasa selepas kejadian itu ataupun meninggal dunia?? Adakah tabungan itu akan berterusan dan RM48,000 itu terjadi?

Dan bagaimana pula jika anaknya Ismail sendiri sering sakit sepanjang tempoh itu. Ini secara tidak langsung Azman terpaksa mengeluarkan duit untuk merawat anaknya dan ia akan mempengaruhi income Azman serta wang tabungan tadi dikeluarkan atau Azman menggunakan RM 200 yang sepatutnya untuk tabungan pendidikan Ismail kepada wang untuk kos rawatan Ismail. Jadi, matlamat tabungan pendidikan sudah terbantut dan bagaimana dengan nasib Ismail jika perkara ini berlaku?

QUOTATION

Sebaliknya, jika anda menabung bersama Prudential BSN Takaful (SmartLINK) yang disertakan medical card Prudential BSN Takaful , masalah seperti yang dinyatakan di atas InsyaAllah dapat diatasi. Dengan memilih opsyen “parent contributor”, jika individu yang menyumbang (biasanya ayah atau ibu) itu mengalami sakit kritikal atau meninggal dunia, Tabungan itu akan diteruskan oleh Prudential. Maka matlamat untuk pendidikan terus berjalan walaupun penyumbang sudah tidak lagi mampu untuk menyumbang.

Dalam pada itu, medical card Prudential BSN Takaful yang disertakan bersama plan ini adalah amat penting jika si anak itu sendiri sakit, kad perubatan boleh digunakan untuk membayar kos rawatan tersebut. Justeru ibu bapa tidak akan mengalami masalah kewangan bagi tujuan itu dan berupaya mengekalkan konsistensi untuk menabung.

Oleh itu, bagi ibu bapa yang sedar akan tanggungjawab mereka, anda perlu membuat pilihan bijak dan mengambil satu pelan untuk anak anda bersama kami di Prudential BSn. Atau hubungi saya, ejen kesayangan anda semua untuk maklumat lanjut secara percuma.

Sedia membantu,

TAG: Medical Card Prudential BSN Takaful

.

Share

Leave a Reply

error: Content is protected !!